SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI ANJUNG SELERA SMK BANDAR BANTING » Bersih,Ceria dan Berinformasi

Selamat datang ke blog rasmi ANJUNG SELERA SMK BANDAR BANTING, matlamat blog ini dibangunkan ialah memberi informasi terkini Anjung Selera disamping salah satu medium menyampaikan informasi mengenai pemakanan sihat. Ini selaras dengan moto Anjung Selera, iaitu Bersih, Ceria dan Berinformasi.

Meja Makan Berinformasi

Antara objektif pembinaan Anjung Selera ialah membina budaya cintakan ilmu. Minat membaca dan mencari maklumat dalam kalangan pelajar di mana jua mereka berada termasuk di kantin sekolah. Sehubungan itu, bagi merealisasikan objektif ini, beberapa kelas telah menghasilkan bahan-bahan berinformasi untuk diletakkan pada setiap meja makan.



Panorama Anjung Selera









Berganding Bahu

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Gambar menunjukkan guru, pelajar, kakitangan sokongan dan pengawal keselamatan sekolah bergotong-royong dalam menyiapkan Laman Warisan Bonda.


Sudut NILAM




Amalan membaca, adalah amalan mulia. Membaca buku merupakan satu aktiviti yang sihat dan perlu diamalkan oleh guru dan pelajar tidak kira dimana pun. Oleh itu satu sudut NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah disediakan di Anjung Selera. Anjung Selera juga merupakan salah satu lokasi program NILAM bagi pelajar sesi petang sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran.

Kempen Kitar Semula



Bagi menjayakan dan menyokong kempen kitar semula, ahli jawatankuasa Anjung Selera telah menyediakan satu ruangan pameran yang menempatkan hasil karya pelajar yang menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Laman Warisan Bonda

Laman Warisan Bonda merupakan sebuah taman yang berada disebelah Anjung Selera. Laman ini menempatkan pelbagai jenis pokok dan sayuran. Tarikan utama laman ini ialah terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman yang ditanam disini. Antara tanaman yang terdapat di Laman Warisan Bonda ialah KunyitMulberiRozel, Buah BetikLidah BuayaPegaga dan banyak lagi.






Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.