Bagi
menjayakan dan menyokong kempen kitar semula, ahli jawatankuasa Anjung Selera telah
menyediakan satu ruangan pameran yang menempatkan hasil karya pelajar yang
menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Sumber
Harian Metro
Biarpun kebanyakan orang di negara
ini sudah didedahkan dengan maklumat berkaitan proses kitar semula dan
kebaikannya, tetapi masih ramai yang tidak mengambil bahagian atau menganggap
ia terlalu melecehkan untuk dilakukan selain tidak memberikan pulangan lumayan.
Hakikatnya adalah kitar semula adalah satu tanggungjawab sosial
setiap individu untuk kebaikan bersama dalam usaha kita menjaga dan memulihara
persekitaran serta memastikan pemerolehan sumber yang mampan.
Kitar semula boleh didefinisikan
sebagai proses di mana material seperti aluminium, plastik, kaca dan kertas
diasingkan daripada sampah domestik biasa dan dimasukkan ke dalam bekas yang
dikhaskan supaya ia boleh diproses semula kepada produk baru.
Dengan cara ini, ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah sampah yang dibuang begitu saja setiap hari hingga mengakibatkan masalah kekurangan tapak pembuangan sampah serta membantu memelihara alam sekitar.