Amalan
membaca, adalah amalan mulia. Membaca buku merupakan satu aktiviti yang sihat
dan perlu diamalkan oleh guru dan pelajar tidak kira dimana pun. Oleh itu satu
sudut NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah disediakan di Anjung Selera.
Anjung Selera juga merupakan salah satu lokasi program NILAM bagi pelajar sesi
petang sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran.
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu
semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku,
majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran.
Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak
dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang
dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa
Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan
seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang
amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.
Petikan
dari http://zaizak69.blogspot.com/2011/09/kepentingan-amalan-membaca.html