Antara objektif pembinaan Anjung Selera ialah membina budaya cintakan ilmu. Minat membaca dan mencari maklumat dalam kalangan pelajar di mana jua mereka berada termasuk di kantin sekolah. Sehubungan itu, bagi merealisasikan objektif ini, beberapa kelas telah menghasilkan bahan-bahan berinformasi untuk diletakkan pada setiap meja makan.
Selamat datang ke blog rasmi ANJUNG SELERA SMK BANDAR BANTING, matlamat blog ini dibangunkan ialah memberi informasi terkini Anjung Selera disamping salah satu medium menyampaikan informasi mengenai pemakanan sihat. Ini selaras dengan moto Anjung Selera, iaitu Bersih, Ceria dan Berinformasi.
Berganding Bahu
Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Gambar
menunjukkan guru, pelajar, kakitangan sokongan dan pengawal keselamatan sekolah
bergotong-royong dalam menyiapkan Laman Warisan Bonda.
Sudut NILAM
Amalan
membaca, adalah amalan mulia. Membaca buku merupakan satu aktiviti yang sihat
dan perlu diamalkan oleh guru dan pelajar tidak kira dimana pun. Oleh itu satu
sudut NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah disediakan di Anjung Selera.
Anjung Selera juga merupakan salah satu lokasi program NILAM bagi pelajar sesi
petang sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran.
Kempen Kitar Semula
Bagi
menjayakan dan menyokong kempen kitar semula, ahli jawatankuasa Anjung Selera telah
menyediakan satu ruangan pameran yang menempatkan hasil karya pelajar yang
menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Laman Warisan Bonda
Laman Warisan Bonda
merupakan sebuah taman yang berada disebelah Anjung Selera. Laman ini
menempatkan pelbagai jenis pokok dan sayuran. Tarikan utama laman ini ialah
terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman yang ditanam disini. Antara tanaman yang
terdapat di Laman Warisan Bonda ialah Kunyit, Mulberi, Rozel, Buah Betik, Lidah Buaya, Pegaga dan banyak
lagi.
Kepentingan Makanan Berkhasiat
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan
yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang
memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan
makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada
mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan
kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia
dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“ Empat
daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama
ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
Sumber dari
berita harian
Makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan.
Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.
Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program
dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)